Alhamdulillah
Selesai sebulan kita di dalam bulan berkat
Menahan hawa nafsu, lapar & dahaga
Yang mana pintu Syurga dibuka seluas-luasnya
Pintu Neraka ditutup serapat-rapatnya
Syaitan diikat tiada peluang baginya
Nikmat al-Qadr bagi yang memburunya
Menunjukkan barakahnya Ramadhan
Untuk umat Islam menikmati
Ibadah yang dilipatgandakan
Berbeza daripada bulan-bulan biasa
Hebatnya Ramadhan!
Kini tibanya Syawal
Petanda kemenangan umat Islam
Mengharungi sebulan berpuasa
Dalam menunaikan fardhu rukun Islam ke-3
Beruntung bagi yang berjaya
Seperti baru dilahirkan selepas sebulan 'membersih diri'
Nikmat kegembiraan bagi umat Islam
Mengeratkan ukhwah sesama mereka
Tanpa perbezaan si miskin & si kaya
Semuanya bergembira sambil memuji Yang Esa
Tanda kekuasaan-Nya mentadbir alam
Amal Sikit, Ganjaran Hebat!
Eh? ade lagi ke?
Rasa-rasa banyak dah ni, nikmat Ramadhan + Aidilfitri...?
Allah Maha Kaya
Allah Maha Pemurah
Allah Maha Penyayang
Dalam kegembiraan menyambut Syawal
Ditambah lagi nikmat
Bagi yang memburu syurga
Ganjaran puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal
Dalam 1 hadis Nabi yang diriwatkan oleh Abu Ayyub Al-Ansari, maksudnya;
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa 6 hari dalam bulan Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun"
Dalam susunan hadis Imam Al-Tabrani ada menyatakan fadhilat puasa 6 Syawal , maksudnya;
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa 6 Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya"
Itulah fadhilat yang disabdakan oleh Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.
Walaupun amal yang sedikit, tapi ganjarannya sangat luar biasa
Menunjukkan betapa Allah sayangkan hamba-hambaNya
Dalam memberikan ganjaran
Pada setiap amal yang dilakukan
Dalam mencari redha-Nya
Jom sama-sama kita, jangan lepaskan ganjaran puasa 6 Syawal!
Selamat Berpuasa 6 di Bulan Syawal ^_^
http://www.youtube.com/watch?v=dVcV3uAwSZA
Monday, 5 September 2011
Amal Yang Sikit Berbalas Ganjaran Hebat!
Posted by asadnasyidteam at 15:21