Alhamdulillah
Selesai sebulan kita di dalam bulan berkat
Menahan hawa nafsu, lapar & dahaga
Yang mana pintu Syurga dibuka seluas-luasnya
Pintu Neraka ditutup serapat-rapatnya
Syaitan diikat tiada peluang baginya
Nikmat al-Qadr bagi yang memburunya
Menunjukkan barakahnya Ramadhan
Untuk umat Islam menikmati
Ibadah yang dilipatgandakan
Berbeza daripada bulan-bulan biasa
Hebatnya Ramadhan!
Kini tibanya Syawal
Petanda kemenangan umat Islam
Mengharungi sebulan berpuasa
Dalam menunaikan fardhu rukun Islam ke-3
Beruntung bagi yang berjaya
Seperti baru dilahirkan selepas sebulan 'membersih diri'
Nikmat kegembiraan bagi umat Islam
Mengeratkan ukhwah sesama mereka
Tanpa perbezaan si miskin & si kaya
Semuanya bergembira sambil memuji Yang Esa
Tanda kekuasaan-Nya mentadbir alam
Amal Sikit, Ganjaran Hebat!
Eh? ade lagi ke?
Rasa-rasa banyak dah ni, nikmat Ramadhan + Aidilfitri...?
Allah Maha Kaya
Allah Maha Pemurah
Allah Maha Penyayang
Dalam kegembiraan menyambut Syawal
Ditambah lagi nikmat
Bagi yang memburu syurga
Ganjaran puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal
Dalam 1 hadis Nabi yang diriwatkan oleh Abu Ayyub Al-Ansari, maksudnya;
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa 6 hari dalam bulan Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun"
Dalam susunan hadis Imam Al-Tabrani ada menyatakan fadhilat puasa 6 Syawal , maksudnya;
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa 6 Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya"
Itulah fadhilat yang disabdakan oleh Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.
Walaupun amal yang sedikit, tapi ganjarannya sangat luar biasa
Menunjukkan betapa Allah sayangkan hamba-hambaNya
Dalam memberikan ganjaran
Pada setiap amal yang dilakukan
Dalam mencari redha-Nya
Jom sama-sama kita, jangan lepaskan ganjaran puasa 6 Syawal!
Selamat Berpuasa 6 di Bulan Syawal ^_^
http://www.youtube.com/watch?v=dVcV3uAwSZA
Monday, 5 September 2011
Amal Yang Sikit Berbalas Ganjaran Hebat!
Posted by asadnasyidteam at 15:21
Sunday, 31 July 2011
Jamming On 3 AM ~
Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah,
siap juga blog yang nak dibuat sekian lama dulu..*hehe
By the way, inilah post pertama aku iaitu masa lapang (*kadang-kadang jer)
kami bersama di CFS IIUM , ber-Jamming..
Yeah, tanpa orang kuat, bro MOHD AIMAN MAMAT
selaku guitarist & composer,
tak jalan juga rasanya jamming akustik ni..
Thanks a Lot to him..VTP = Very Talented Person..
Tak lupa juga kepada video sponsor, bro AZHAR SULAIMAN..
Yang sudi sponsor video recorder & luangkan masa bersama-sama pada pagi yang hening-bening tersebut..hehehe
Jom same-same layan video jamming spontan kami yang tak seberapa ni..
Hope dapat hiburkan sikit-sikit hati yang sedang duka & lara di luar sana..heee
1st song : Mencari Cinta Abadi
*nak tergelak certain part tu, x jadi..haha
2nd song is Sahaja Aku Mencintaimu by DU'A
dinyanyikan suka-suki semula oleh me, Muhammad Asadullah & Mohd Aiman..
Ini pula full vocal & guitar by Mohd Aiman Mamat..Hak Cipta Terpelihara Ⓒ
Layan~
Tajuk lagu ni aku tak tau..
tapi teka-teka, Aku Jatuh Cinta Padamu la kot?
Kalau salah sorry yea bro..peace! :) nice song created by Aiman Mamat..
Posted by asadnasyidteam at 08:41 0 comments
Labels: entertainment
Subscribe to:
Posts (Atom)